KEPENTINGAN ASID FOLIK KETIKA MENGANDUNG

Setiap wanita pasti ingin merasai pengalaman mengandung dan melahirkan. Sebaiknya kita merancang kehamilan kita.
Pasti ibu biasa dengar anak tu pembawa rezeki. Ya memang betul. Percayalah setiap anak kita itu ada rezeki mereka masing-masing.

Apabila kita disahkan hamil, perkara pertama yang perlu kita ambil tahu adalah perkembangan kandungan kita sepanjang 9 bulan. Sepanjang tempoh kehamilan, biasanya ia terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian tersebut adalah TRIMESTER 1, TRIMESTER 2 dan TRIMESTER 3.

Ketika di TRIMESTER 1, biasanya ibu-ibu akan diberikan ASID FOLIK sebagai suplemen tambahan bagi menyokong perkembangan bayi. Tumbesaran bayi pada awal kehamilan adalah sangat penting. Hal ini kerana kita tidak mahu anak yang bakal dilahirkan nanti mengalami kecatatan pada saraf tunjang.



ANTARA MAKANAN YANG TINGGI KANDUNGAN VITAMIN B

APA ITU ASID FOLIK?

  • Sejenis Vitamin B
  • Boleh didapati melalui makanan dan pil asid folik

KENAPA ASID FOLIK SANGAT PENTING?


  • Mencegah anemia (kurang darah) semasa mengandung
  • Membentuk sel-sel baru bagi bayi dan ibu mengandung
  • Meransang kesempurnaan pembentukan saraf tunjang bayi dalam kandungan
  • Menolong mencegah kecatatan tiub neural (neural tube defects NTD) pada saraf tunjang



KECATATAN TIUB NEURAL
  • Mengurangkan lain-lain kecatatan/masalah bayi seperti:
        - Sumbing lelangit (cleft palate)
        - Kecatatan jantung
        - Kecatatan sistem pembuangan air kencing
        - Kurang darag (anemia)

Baca juga:


Selain mengambil suplemen asid folik bagi membantu perkembangan serta pertumbuhan bayi, pengambilan diet yang seimbang juga penting bagi ibu-ibu mengandung. Hal ini kerana diet yang lengkap dapat memberi ibu tenaga yang cukup untuk ibu dan juga bayi dalam kandungan.

So, ibu-ibu jangan lupa atau skip pengambilan asid folik okay!!!!

SAHABAT HAMIL ANDA,

HIDAYAH
017 605 6386
SHAKLEE ID: 1264395

Comments

Popular Posts