3 TIPS KEKAL SIHAT DAN AKTIF KETIKA MENGANDUNG
Tiada apa yang menggembirakan apabila kita disahkan hamil. Lagi-lagi anak pertama. Segalanya indah dan seronok. Apa yang pasti banyak perubahan yang akan berlaku dalam diri kita bahkan rutin seharian hidup kita juga sedikit sebanyak akan berubah. Oleh itu, ibu-ibu hamil perlu membuat persediaan daripada segi fizikal dan mental.
Pelbagai cara boleh dilakukan oleh ibu mengandung supaya kekal sihat aktif. Proses kehamilan adalah satu tempoh yang panjang,ibu-ibu perlu sentiasa dalam keadaan kesihatan yang optimum bagi memastikan bayi juga dalam keadaan sihat dan aktif.
Hari ini saya akan kongsi 3 tips agar ibu hamil boleh kekal aktif dan sihat walaupun bekerja atau suri rumah sepenuh masa.
Semoga bermanfaat.
#1 AMALKAN PEMAKANAN SIHAT & SEIMBANG
Pemakanan yang sihat bermaksud ibu-ibu perlu mengambil makanan seperti yang disarankan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia. Ketika hamil, pengambilan makanan yang sihat serta diet yang seimbang penting supaya ibu mendapat pertambahan berat badan yang sihat semasa kehamilan.Jika berat badan tidak dikawal ketika hamil, ibu-ibu berisiki untuk mendapat diabetes ketika hamil.
Selain itu, makanan yang diambil juga perlu mempunyai nutrien yang lengkap dan mencukupi bagi memastikan tumbesaran bayi sihat dan normal. Ibu hamil juga perlu mengehadkan pengambilan makanan yang tinggi kalori seperti bergoreng, makanan segera, daging proses, pencuci mulut yang manis dan juga makanan ringan.
Bagi menjamin ibu hamil mendapat makanan yang sihat dan seimbang, cara penyediaan makanan juga amat penting. Pilih alternatif yang lebih sihat seperti makanan yang dikukus, dibakar, dipanggang,ditumis atau direbus.
Memasak dirumah amatlah digalakkan bagi menjamin makanan yang dimakan sihat. Jika memasak dirumah, gunakan bahan-bahan seperti minyak masak, marjerin, mentega atau santan dalam kuantiti yang sederhana. Paling bagus adalah menggantikan santan kepada susu rendah lemak dan minyak masak menggunakan minyak zaitun.
#2 PENGAMBILAN VITAMIN ATAU SUPLEMEN YANG LENGKAP
Selain mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang, pengambilam vitamin atau suplemen ketika mengandung juga amat penting. Hal ini kerana, nutrien daripada makanan tidak mencukupi untuk menampung keperluan ibu dan juga bayi.
Antara vitamin yang sering diberikan kepada ibu mengandung adalah asid folik. Vitamin amat penting ketika trimester pertama. Malah ibu digalakkan ambil asid folik sebelum merancang untuk mengandung. Pengambilan asid folik membantu dalam mengurangkan risiko melahirkan bayi yang mengalami kecatatan otak atau saraf tunjang.
Selain itu, ketika mengandung biasa ibu mengandung akan mengalami kekurangan zat besi. Hal ini kerana, zat besi tidak cukup dengan hanya melalui pengambilan makanan. Oleh itu, ibu digalakkan mengambil suplemen tambahan bagi menampung keperluan zat besi yang diperlukan oleh ibu dan bayi.
Vitamin C juga penting ketika hamil, ini kerana penyerapan zat besi akan lebih efisien dan berkesan dengan pengambilan Vitamin C yang mencukupi. Dengan memakan buah-buahn segar dan minum jus buah seperti oren boleh membantu dalam memberikan Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh badan. Malah suplemen Vitamin C juga boleh diambil bagi menampung keperluan ketika mengandung.
Vitamin tambahan lain yang akan diberikan kepada ibu hamil biasanya adalah kalsium. Walaupun kalsium boleh diambil melalui susu, tetapi tidak semua ibu hamil suka minum susu. Oleh itu, suplemen tambahan penting bagi menjamin pembentukan gigi dan tulang dengan lebih baik.
Banyak lagi suplemen penting yang diperlukan oleh ibu mengandung seperti protein untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan dan asid lemak seperti DHA yang penting dalam pembentukan otak bayi.
#3 MELAKUKAN SENAMAN SETIAP HARI
Siapa cakap wanita mengandung tidak perlu bersenam? Salah siapa yang beranggapan sebegitu. Senaman ketika hamil amat penting untuk kekal aktif,sihat dan bertenaga sepanjang proses kehamilan.
Pelbagai senamam boleh dilakukan oleh ibu mengandung bagi mengurangkan stress. Senaman ini tidak perlu dilakukan lama-lama, sekurang-kurangnya 25 hingga 30 minit sehari. Senaman yang paling mudah adalah dengan berjalan pada setiap pagi atau petang di taman rekreasi yang berdekatan. Berjalan dapat memberikan latihan kardiovaskular yang penting kepada ibu hamil.
Jika berenang adalah hobi anda sebelum mengandung, ibu boleh teruskan aktiviti tersebut. Berenang juga antara senaman terbaik buat ibu hamil. Selain itu, yoga juga digalakkan dibuat oleh ibu hamil. Yoga boleh membantu ibu-ibu dalam pernafasan yang lebih baik.
Senaman amat penting sebagai persediaan untuk memudahkan proses bersalin kelak. Tetapi, jika ibu-ibu ingin melakukan sebarang senaman, haruslah membuat regangan sebelum melakukan senaman serta mendapatkan penerangan daripada doktor sebelum melakukan sebarang senaman.
Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu hamil kekal sihat dan aktif sepanjang proses kehamilan.
Enjoy your pregnancy!!
Semoga Bermanfaat. InsyaAllah.
Sahabat Hamil Anda,
Hidayah Azman
Whatsapp: 017.605.6386
Shaklee ID: 1264395

Isteri pregnant...suami memang happy..
ReplyDeleteada orang baru..keluarga lebih ceria