REVIEW SAYA SELEPAS MENGGUNAKAN SET MENGANDUNG PREMIUM SHAKLEE
Tiada apa yang lebih menggembirakan pasangan yang sudah berkahwin menanti kelahiran anak yang membawa keberkatan & kebahagiaan. Macam itu jugak apa yang Dayah & suami rasa masa tu. Alhamdulillah Allah beri rezeki anak pada Dayah & suami cepat.
Dayah mula consume Set Vitamin Mengandung Premium Shaklee masa mengandungkan anak kedua Muhammad Al Amin. Pengalaman masa mengandung anak pertama menjadi titik tolak kenapa Dayah memilih untuk ambil vitamin Shaklee ketika mengandung yang kedua.
Masa anak pertama dulu, Muhammad Al Fateh, Dayah hanya ambil suplemen daripada klinik kesihatan. Suplemen 4 serangkai yang diberikan apabila buka buku pink iaitu asid folik, vitamin C, zat besi & B-complex.
Banyak perbezaan yang Dayah boleh rasa masa mengandung hingga ke proses nak bersalin antara anak pertama dengan anak kedua.
Hari ke-4 Pantang
#1 Badan lebih bertenaga, tidak cepat lapar & mudah bangun pagi-pagi
Badan memang cepat letih ketika mengandung. Lagi-lagi dengan ada anak kecil. Beban kerja di ofis yang banyak dan tambahan pula kerja Dayah banyak memerlukan Dayah berdiri dan turun naik tangga.
Setelah amalkan Set Mengandung Shaklee badan memang rasa cergas dan macam-macam kerja nak buat.
#2 Bacaan Hb konsisten sepanjang mengandung
Sebab utama Dayah amalkan vitamin Shaklee. Ketika mengandungkan Fateh, Dayah mengalami anemia yang teruk sepanjang trimester kedua. Memang risau sangat sebab anemia bahaya lagi-lagi ketika mengandung.
Alhamdulillah sejak amalkan vitalea setiap hari, bacaan Hb lebih konsisten.
#3 Tidak mengalami sembelit
Dayah sejak dari kecil memang sembelit teruk. Masa mengandung lagi risau kalau mengalami sembelit.
Sejak amalkan vitamin mengandung Shaklee, setiap pagi akan ke tandas dan najis lebih lembut.
Lega sangat. Tiada lagi sembelit.
#4 Kaki tidak cramp atau simpul biawak apabila tidur malam
Dulu masa mengandung anak pertama setiap malam kaki cramp. Menangis dibuatnya. Encik suami menjadi mangsa setiap malam urutkan kaki.
Alhamdulillah kaki tidak kena cramp, setiap malam tidak lupa makan Ostematrix sebelum tidur. Bangun pagi-pagi rasa segar sangat.
#6 Rambut tidak mengalami keguguran
Rambut mahkota wanita. Siapa suka kalau rambut gugur kan?
Masa mengandung anak pertama dulu, setiap kali cuci & sikat rambut mesti banyak yang gugur. Sedih sangat bila tengok banyak sangat rambut.
Alhamdulillah, sejak konsisten mengamalakan ESP masalah rambut gugur pun tiada lagi.
Syukur sangat.
Itu antara perubahan positif yang Dayah rasa sejak amalkan Set Vitamin Mengandung Premium Shaklee. Perubahan tersebut dapat di rasa hingga ke proses bersalin. Paling ketara adalah ketika bersalin, Dayah tidak menerima sebarang jahitan.
Alhamdulillah. Rasa bersyukur sangat sebab dipertemukan dengan Shaklee. Kita kena usaha sebaik mungkin, tapi Allah yang meyembuhkan. Asbab berlaku pun kerana Allah.
Ada pepatah pernah berkata "Don't judge a book by it cover"
Kenapa Dayah cakap macam nie?
Sebab dulu, sebelum amek keputusan untuk consume vitamin Shaklee macam-macam benda negatif Dayah selalu cakap pasal Shaklee. Tapi akhirnya jatuh cinta dengan Shaklee. Sebab tu orang tua-tua selalu pesan jangan tak suka sangat nanti lama-lama jadi suka.
Malah ramai ibu-ibu diluar sana yang amalkan Set Vitamin Mengandung Premium Shaklee dan Alhamdulillah semuanya memberikan feedback yang positif. Set ini juga boleh teruskan sehingga berpantang dan menyusu.
Mahu saya bantu anda?
CARA ORDER SET VITAMIN MENGANDUNG PREMIUM SHAKLEE
Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan konsultasi serta penerangan terbaik mengenai Set Vitamin Mengandung Premium Shaklee daripada saya,
Sahabat Hamil Anda,
Hidayah Azman
Whatsapp: 017.605.6386
Shaklee ID : 1264395
Comments
Post a Comment