SENAMAN BANTU ELAK ANEMIA KETIKA MENGANDUNG

Senaman adalah antara perkara atau rutin yang perlu ada dalam aktiviti seharian kita. Selain daripada pemakanan yang seimbang, senaman juga perlu dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Walaupun kita mengandung, senaman tetap perlu dilaksanakan. 

Kita sering diberi nasihat oleh doktor atau nurse agar mengamalkan makanan yang tinggi zat besi  dan mengambil suplemen yang dapat membantu menambah hemoglobin dalam darah. Dengan mengamalkan rutin senaman ketika mengandung juga dapat membantu menaikkan bacaan HB sekaligus mengurangkan risiko anemia ketika mengandung. Anemia ketika mengandung banyak risikonya kepada ibu dan bayi jika tidak dikawal.


SENAMAN BANTU ELAK ANEMIA KETIKA MENGANDUNG

#1 BERJALAN



Berjalan adalah senaman terbaik buat ibu mengandung. Berjalan merupakan satu latihan kardiovaskular yang baik untuk jantung, kaki dan lutut ibu yang hamil. Malah berjalan 30 minit sehari dapat mengurangkan keletihan dan memberi tubuh badan yang cergas. Senaman berjalan boleh dilakukan sejak di awal kehamilan hingga trimester ketiga. Berjalan juga akan memudahkan proses bersalin seperti cepat membuka jalan untuk baby keluar nanti.

Berjalan boleh dilakukan setiap hari selama 30 minit. Contohnya, berjalan di taman rekreasi yang berdekatan dengan kawasan perumahan anda atau bagi yang bekerja anda boleh parkir kereta jauh sedikit dan berjalan. Pasti lagi seronok melakukan aktiviti berjalan bersama suami dan anak-anak. Selain mendapat manfaat kepada tubuh badan, dapat juga meluangkan masa bersama keluarga. Malah senaman ini sangat mudah dan tidak memerlukan sebarang kos.

Mudah bukan?

Hanya bawa diri anda, sebotol air mineral, lakukan sedikit regangan dan mulakan berjalan.

#2 BERENANG





Selain berjalan, berenang antara senaman terbaik dan selamat ketika hamil. Malah kebanyakkan doktor atau penasihat kecergasan menggalakkan berenang ketika mengandung. Berenang adalah senaman yang ideal kerana pergerakan dalam renang melibatkan otot-otot yang besar iaitu kedua-dua tangan dan kaki. Secara tidak lansung ia memberikan latihan kardiovaskular yang baik. Berenang juga dapat mengurangkan sakit belakang dan pinggang terutama ketika kandungan telah memasuki trimester ketiga.

Berenang dapat mengurangkan lenguh-lenguh dan sengal-sengal dibahagian pergelangan kaki dang bengkak di bahagian kaki (edema). Melalui senaman ini, peredaran darah ibu-ibu juga dapat dipertinggkatkan. Secara tidak lansung dapat membantu dalam menaikkan bacaan HB dalam darah. 

Berenang juga dapat membantu ibu-ibu yang mengalami 'morning sickness' mengurangkan rasa tersebut. Hal ini kerana, air sejuk daripada kolam renang dapat mengurangkan rasa loya. Sebagai bonusnya, berenang dapat memudahkan proses ketika bersalin.



Banyak lagi senaman yang ibu mengandung boleh lakukan bagi meningkatkan bacaan Hb. Antaranya ialah menari, yoga, berbasikal dan sebagainya. Tetapi harus diingat, sebelum ingin melakukan sebarang jenis senaman, ibu-ibu di nasihatkan supaya meminta pendapat daripada doktor. Selain itu, sebelum memulakan sebarang jenis senaman, regangan hendaklah dilakukan bagi mengelakkan sebarang kecederaan terhadap ibu atau pun kandungan.

Semoga Bermanfaat.

Sahabat Hamil Anda,

Hidayah Azman

Whatsapp: 017.605.6386

Shaklee ID: 1264395

Comments

Popular Posts