ADAKAH SOYA SELAMAT UNTUK PESAKIT OVARIAN CYST?
Ovarian Cyst adalah ketumbuhan yang berada di dalam ovari wanita tetapi tidak berpotensi untuk menjadi kanser.
Akan tetapi jika ia tidak dikawal, cyst tersebut boleh membesar dan pada keadaan tertentu, ia boleh pecah di dalam ovari.
APA PUNCA OVARIAN CYST MEMBESAR?
Cyst terbentuk dan membesar adalah disebabkan hormon dalam badan tidak seimbang. Seperti sedia maklum, dalam badan kita mempunyai hormon yang membantu dalam pertukaran sel badan kita.
Hormon seperti estrogen adalah punca cyst membesar hal ini disebabkan oleh jumlah estrogen terlalu banyak di dalam tubuh badan.
APA KESAN APABILA ESTROGEN BANYAK DALAM BADAN?
Apabila jumlah estrogen dalam badan tinggi, ia akan menyebabkan sel badan kita bertukar dengan terlalu cepat.
Hal ini akan memberi kesan kepada sel normal badan kita menjadi cacat atau menjadi "abnormal cell". Sel badan yang cacat ini menjadi penyebab utama cyst semakin membesar.
Selain estrogen, terdapat juga isu dimana hormon seperti phytoestrogen yang terdapat didalam SOYA juga boleh menyebabkan cyst membesar.
ADAKAH PHYTOESTROGEN BOLEH MENYEBABKAN CYST MEMBESAR?
Phytoestrogen merupakan hormon semulajadi yang terdapat didalam soya.
Hormon ini mempunyai sifat menukarkan sel badan dalam degree yang lebih rendah. Apabila rendah, penghasilan "abnormal cell" juga rendah.
Hormon ini mempunyai sifat menukarkan sel badan dalam degree yang lebih rendah. Apabila rendah, penghasilan "abnormal cell" juga rendah.
Maka, ia tidak berpotensi tinggi untuk menyebabkan cyst semakin membesar. Malah phytoestrogen boleh membantu dalam mengimbangi estrogen dalam badan.
Hormon phytoestrogen hanya boleh didapati secara semulajadi dalam tumbuhan seperti soya.
PERSOALANNYA ADAKAH SOYA BAHAYA UNTUK PESAKIT CYST?
Berdasarkan beberapa kajian yang telah dibuat, masih tiada bukti yang boleh menyokong pengambilan soya atau makanan yang berasaskan soya boleh menyebabkan cyst membesar.
Soya atau makanan berasaskan soya mempunyai pelbagai kompenen aktif seperti saponins, protease, inhibitors, phytic acid dan isoflavones. Komponen Isoflavones ini yang mempunyai hormon phytoestrogen kerana komponen ini mempunyai sedikit sifat yang cenderung kepada estrogen.
Isoflavones yang terproses pula akan menghasilkan kompenen seperti:
- Genistein
- Daidzein
- Glycitien
Komponen Genistein dan daidzein mempunyai peratusan yang tinggi dalam makanan berasaskan soya. Contoh makanan yang mempunyai komponen seperti bijirin berasaskan soya, miso dalam makanan Jepun dan sesetengah daging merah.
Malah soya juga boleh menjadi makanan gantian bagi mereka yang vegeterian dan kanak-kanak yang lactose intolerance (tidak boleh menerima protein haiwan sebagai sumber utama protein).
Soya juga merupakan satu-satunya tumbuhan yang boleh memberikan protein yang lengkap diperlukan tubuh badan kerana boleh membekalkan kesemua essential amino acid.
Maka, pengambilan soya seperti kicap, air soya, tofu dan tempe dalam diet harian adalah digalakkan untuk pesakit cyst dalam kuantiti yang dicadangkan.
Tetapi harus diingat, kita perlu memilih soya yang diproses dengan cara yang betul dan juga sumber soya yang non-GMO.
Malah, pesakit cyst juga perlu menjaga pemakanan dan perlu bersenam bagi menggelakkan pertambahan berat badan. Sebab obesiti juga punca cyst membesar.
RUJUKAN:
- Journal berkaitan dengan Pemakanan soya diuji ke atas pesakit PCOS selama 12 minggu
- Isoflavone didalam soya baik untuk pesakit cyst
Semoga Bermanfaat.
Sahabat Hamil Anda,
Hidayah Azman
Whatsapp: 017.605.6386
ID Shaklee: 1264395
Salam singgah kak. Wah, penerangan yang ringkas tapi padat dengan fakta kukuh dan sumber rujukan terbaik kak. Intro awal dah terangkan apa itu cyst ovari. Rasanya setiap wanita wajib tahu hal ini. :)
ReplyDelete