5 MAKANAN NAIKKAN HB KETIKA MENGANDUNG

Sebelum ini, Dayah ada berkongsi entry mengenai ANEMIA KETIKA MENGANDUNG: APA PUNCANYA??

Biasanya, anemia sering dikaitkan dengan wanita mengandung. Hal ini kerana ibu hamil memerlukan dua kali ganda zat besi dalam diet harian mereka. Pemakanan yang lengkap dan mengandungi zat besi yang mencukupi amat penting bagi memastikan ibu hamil tidak mudah berasa loya, letih & pening.

Kita mesti nak sihat sepanjang mengandung & anak kita juga dapat zat besi yang cukup bukan? Siapa yang tak sayang anak. Lagi-lagi ibu, mama, umi, mummy yang sedang hamil anak pertama. Excited sangat.

Teringat masa Dayah mengandungkan anak pertama dulu. Bacaan Hb mula turun bila masuk trimester kedua. Rupanya zat besi dalam diet yang diambil kurang. Macam-macam cara Dayah usahakan supaya bacaan cantik semula. Alhamdulillah, masuk trimester 3 bacaan Hb meningkat dan bacaan pun cantik.

So hari ini, Dayah akan kongsikan 5 jenis makanan yang boleh meningkatkan bacaan HB ibu-ibu hamil agar sentiasa berada pada paras yang CANTIK. Insyaallah.




#1 PROTEIN DARIPADA SUMBER HAIWAN

Antara makanan tinggi zat besi yang boleh diambil dalam diet harian ibu hamil ialah:
  • Daging lembu
  • Hati ayam
  • Ikan
  • Ayam
  • Kerang
  • Sotong
  • Ikan bilis

Ibu-ibu hamil boleh menambah sel darah merah melalui makanan-makanan diatas. Buat menu-menu yang anda suka dengan menggunakan makanan tersebut. 

Sebagai contoh, daging lembu boleh dimasak kicap atau sup. Ikan, seperti ikan kembung boleh dibakar dicicah air asam. Sedapnya!!!! Ikan bilis pula boleh digunakan sebagai bahan rencah untuk tumis dalam sajian sayuran harian kita. Hmmm.. Semerbak satu rumah bau nanti.

#2 SAYUR-SAYURAN HIJAU



Ada beberapa sayuran hijau juga tinggi kandungan zat besi, yang boleh diambil bersama-sama protein seperti hati ayam, kerang dan lain-lain. Sayuran seperti:

  • Bayam
  • Kangkung
  • Brokoli
  • Sawi
  • Kailan
  • Bak Choy
  • Ulam-ulaman (pegaga & pucuk paku)
Sayuran-sayuran ini boleh dipelbagaikan resepinya, seperti ditumis, kukus, sup, goreng bersama ikan bilis atau hati ayam. 

Tapi kena pastikan sayur yang kita masak tidak terlebih masak or 'undercooked' supaya zat besi dan nutrien lain tidak hilang begitu sahaja.

#3 MAKANAN & MINUMAN TINGGI KANDUNGAN VITAMIN C

Selain makan makanan yang tinggi kandungan zat besi, ibu hamil juga perlu memasukkan makanan atau minuman yang tinggi kandungan Vitamin C.



Hal ini kerana, Vitamin C akan membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam hidangan yang kita ambil. 

Ibu mengandung digalakkan makan buah seperti oren, jambu batu, mangga, betik, kiwi atau strawberi. Malah minum segelas jus buah-buahan segar pada hidangan utama juga sangat membantu menyerap zat besi dengan lebih efisien.

#4 KEKACANG

Makanan daripada sumber kekacang juga boleh membantu dalam meningkatkan bacaan Hb dalam darah ibu-ibu mengandung. Antara kekacang yang boleh dimakan ialah:
  • Almond
  • Kacang Hijau
  • Kacang Soya
  • Kacang Dhal
#5 BUAH-BUAHAN KERING

Kurma dan kismis adalah sumber zat besi yang sangat baik bagi ibu-ibu mengandung terutamanya kurma. Malahan buahan kering ini juga amalan sunnah dan amat digalakkan diambil setiap hari. 

Makan 3 biji kurma sewaktu sarapan mampu memberikan tenaga yang berpanjangan dan badan tidak mudah rasa letih. Kurma sangat membantu memberi tenaga segera bagi ibu yang mengalami alahan di awal kehamilan.

Ini yang Dayah amalakan sepanjang mengandung anak pertama dan kedua.

APA MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN SUPAYA PENYERAPAN ZAT BESI LEBIH BERKESAN?
  1. Kurangkan atau tidak mengambil lansung minuman yang berkafein seperti kopi, nescafe & teh
  2. Jangan sesekali minum minuman berkabonat (Coke, Pesi, etc)
  3. Minuman bertunusu (susu)
Dayah tau, ramai ibu-ibu yang suka minum susu atau nescafe kan? Jika ingin mengambil minuman berkefein, pastikan diambil sekurang-kurangnya 1 jam atau 2 jam selepas makan hidangan atau vitamin untuk tambah zat besi. Susu pula boleh di minum petang atau malam sebelum tidur.

Untuk mengelakkan & mengatasi masalah anemia, ibu hamil perlu makan sekurang-kurangnya satu jenis makanan dari sumber yang kaya zat besi setiap hari. Suplemen bagi meningkatkan zat besi juga jangan lupa dan minum air masak secukupnya.

Semoga bermanfaat.

Sahabat Hamil Anda,

Hidayah Azman

Whatsapp: 017.605.6386

Shaklee ID: 1264395











Comments

  1. kekacang dan buah-buahan memang digalakkan untuk gizi makanan isteri yang hamil..in shaa Allah boleh saya share untuk bakal isteri kedua nanti (gurau)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts