MAKANAN YANG BAGUS UNTUK KECUTKAN CYST SEMASA MENGANDUNG

Pasti ibu hamil akan berasa risau apabila disahkan oleh doktor mengalami cyst setelah melakukan pemeriksaan ultrasound. Ibu-ibu tidak perlu risau, dengar nasihat doktor apa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan cyst dari membesar.

Disamping itu, ibu hamil perlu sentiasa menjaga dan mengawal pemakanan harian bagi mengelakkan cyst semakin membesar.

Faktor cyst semakin membesar apabila hormon estrogen dalam badan terlalu tinggi. Hal ini akan menyebabkan sel badan bertukar dengan lebih cepat.

Oleh itu ibu hamil perlu mengambil makanan yang tidak akan menambah jumlah hormon estrogen didalam badan.

MAKANAN YANG BAGUS UNTUK PENGHIDAP OVARIAN CYST MAKAN

#1 SOYA
 Ibu hamil boleh mengambil makanan berasaskam soya seperti tempe, tofu, miso disamping kekacang daripada soya, bunga kobis dan brokoli bagi mengawal jumlah estrogen dalam badan.


#2 INDOLE-3-CARBINOL (I3C)
Banyakkan makan seperti kobis, bunga kobis, brokoli, brussels sprouts. Kebanyakkan makanan makanan I3C boleh membantu  menyingkirkan hormon estrogen yang berlebihan bagi ibu hamil yang mempunyai cyst.

#3 MAGNESIUM
Bagi pesakit yang mengalamu ovarian cyst, makanan tinggi kandungan magnesium seperti pisang, prunes, brokoli, badam (almond) dan kacang gajus (cashew nuts) boleh mengurangakan kekejangan dibahagian perut. Kekejangan merupakan antara salah satu gejala cyst.

#4 OMEGA-3
Omega-3 merupakan asid lemak baik (essential fatty acid) yang diperbuat daripada minyak ikan yang berkualiti tinggi boleh membantu mengawal hormon jika berlaku gangguan terhadap hormon seperti estrogen.

#5 PILIH MAKANAN ORGANIK
Bagi ibu hamil yang mengalami cyst, amat digalakkan pilih sumber makanan seperti beras, buah-buahan,sayuran dan makanan lain dari sumber organik. Hal ini kerana bahan makanan organik bebas pesticide yang boleh meningkatkan hormon estrogen dalam tubuh. Jika sukar mendapatkan makanan organik, sebaiknya buahan yang ingin dimakan dikopek kulitnya dan sayuran dibasuh dengan bersih.



Terdapat juga makanan yang tidak perlu diambil atau perlu dielakkan bagi memastikan cyst tidak membesar.

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN PENGHIDAP OVARIAN CYST

#1 GANDUM(WHEAT)
Bagi ibu hamil yang mempunyai cyst masih boleh mengambil makanan yang mengandungi gandum tetapi dalam amaun yang sedikit. Hal ini kerana gandum mempunyai phytic acid yang bergabung dengan mineral seperti magnesiun dan zink. Kedua-dua mineral ini amat penting dalam mengimbang hormon dalam tubuh. Jika gandum diambil terlalu banyak, dikhuatir akan mengganggu jumlah hormon seterusnya menyebabkan cyst semakin membesar.

#2 KAFEIN
Minuman dan makanan seperti kopi,soda, nescafe, minuman bertenaga dan coklat perlu dielakkan atau tidak ambil lansung dalam diet harian ibu hamil. Selain akan menyebabkan saiz cyst membesar, kafein juga boleh mengganggu penyerapan zat besi dalam badan.

#3 GULA
Pengambilan gula putih perlu dikurangkan atau tidak diletakkan lansung dalam makanan atau minuman. Jika boleh gula putih digantikan dengan gula peranh adalah lebih baik. Gula putih yang terdapat dalam makanan seperti kek, biskut, gula-gula dan sebagainya akan mengganggu paras hormon estrogen dengan lebih agresif.


Selain pengambilan makanan yang perlu dan tidak perlu ditiktikberatkan, cara hidup seseorang ibu hamil yang meghidapi cyst juga amat penting. Hal ini kerana cara hidup yang lebih sihat dapat membantu dalam pengecutan cyst di ovari.

TIPS MENJALANI HIDUP LEBIH SIHAT

#1 KURANGKAN BERAT BADAN
Biasanya, berat badan berlebihan antara punca seseorang wanita mempunyai cyst. Oleh itu, ibu hamil perlu mengawal berat badan serta pastikan peningkatan berat badan ketika hamil masih dalam skala yang ditetapkan. Dalam kajian ada menyatakan berat badan yang ideal mampu mengawal hormon dalam tubuh.

#2 MINUM AIR SECUKUPNYA
Setiap hari ibu hamil perlu minum air sebanyak 2L. Pastikan minum air yang sudah ditapis dan dimasak terlebih dahulu. Hal ini keran bahan kimia dalam air boleh memberi kesan terhadap hormon badan.

#3 ELAK PLASTIK TOKSIN
Polisterin sangat perlu dielakkan kerana ia diperbuat bahan kimia yang boleh memberi kesan kepada hormon. Pastikan ibu hamil menggunakan bekas kaca jika ingin memanaskan makanan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave).

#4 SENTIASA RELAX
Ibu mengandung perlu sentiasa tenang dan elakkan stress. Hal ini amat penting terutama untuk bayi dalam kandungan. Stress juga boleh menyumbang kepada turun naik paras hormon dalam tubuh badan.

Ibu-ibu jangan risau sekiranya disahkan mendapat cyst. Sebaliknya berusaha untuk menjaga kesihatan ibu-ibu, jaga pemakanan serta mengamalkan rasa hidup atau lifestyle yang lebih sihat. Perkara-perkara ini penting bagi menjamin cyst tidak membesar dan mengecut dengan lebih cepat.

Semoga Bermanfaat.

Sahabat Hamil Anda,

Hidayah Azman

Whatsapp: 017.605.6386

Shakkee ID: 1264395

Comments

  1. sangat penting dibaca oleh ibu hamil agar bisa sehat dan melahirkan dengan selamat sambil terutama berdoa kepada Allah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts