ANEMIA KETIKA MENGANDUNG: APA PUNCANYA???

"Setiap bulan pergi pemeriksaan di KKIA, nurse mesti bising setiap kali check HB. Bacaan HB rendah daripada bacaan normal yang sepatutnya. Itu lah yang Dayah selalu kena bebel setiap kali pergi check up. Masa anak pertama dulu sepanjang trimester kedua bacaan HB Dayah rendah. Macam-macam cara Dayah usahakan untuk memulihkan bacaan HB."


APA ITU ANEMIA? 

Berdasarkan kajian, masalah anemia dikalangan ibu mengandung merupakan masalah kesihatan yang utama di dunia. Sebanyak 75% - 95% wanita mengandung di Malaysia menghidap anemia. Kebiasaannya wanita mengandung di Malaysia mengalami anemia sederhana (mild anemia).


Anemia ketika hamil adalah paras haemoglobin (HB) kurang daripada 11 g/dl atau maksud yang lebih mudah faham adalah kekurangan sel darah merah.

Ketika mengandung kita perlu menghasilkan banyak sel darah merah bagi menampung tumbesaran bayi kita. Anemia juga terbahagi kepada 3 kriteria iaitu:

  • Anemia ringan ( HB = 10 g/dl - 10.9 g/dl)
  • Anemia sederhana ( HB = 7 g/dl - 9.9 g/dl)
  • Anemia teruk (HB = <7 g/dl)

Kenapa ibu mengandung sering mengalami bacaan HB rendah ketika mengandung?

Teruskan bacaan anda. 

KENAPA HB RENDAH SEWAKTU MENGANDUNG?
  • Kekurangan zat besi dalam diet harian
  • Kekurangan folat & vitamin B12
  • Talasemia
  • Anemia kerana infeksi
  • Kehamilan yang rapat
  • Darah haid yang banyak
  • Keguguran berulangkali
  • Buasir
APA KESANNYA KEPADA IBU?
  • Cepat penat & letih
  • Tidak bermaya (muka kelihatan pucat)
  • Sakit kepala
  • Kerap pening
  • Berdebar-debar
  • Sesak Nafas
RISIKO ANEMIA KEPADA IBU
  • Kegagalan jantung
  • Berlaku pendarahan ketika bersalin (tumpah darah)
  • Boleh menyebabkan depresi atau stress selepas bersalin
  • Boleh menyebabkan kematian kepada ibu
RISIKO ANEMIA KEPADA BAYI
  • Boleh menyebabkan keguguran
  • Kelahiran pra matang (bayi lahir tidak cukup bulan)
  • Kelahiran kurang berat badan (bayi bersaiz kecil)
  • Kematian bayi dalam kandungan
Kita dapat lihat bahawa anemia sangat berbahaya terhadap ibu mengandung malah memberi kesan yang buruk kepada bayi kita.

Oleh itu, ibu hamil perlu jaga pemakanan dan banyakkan pengambilan sayur-sayuran hijau dan protein yang mencukupi dalam diet harian bagi mendapatkan bacaan HB yang cantik pada pemeriksaan yang seterusnya.

Sahabat Hamil Anda,

Norhidayah Azman

Whatsapp : 017.605.6386

Shaklee ID : 1264395




 

 

Comments

Popular Posts